. Diploma Aplikasi Multimedia | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Diploma Aplikasi Multimedia

DIPLOMA APLIKASI MULTIMEDIA

 
www.cosmopointcollege.com

 

UNTUK SIAPAKAH PROGRAM INI?

Program Diploma ini adalah ideal untuk mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan dan pemahaman mendalam tentang peralatan dan teknik pembangunan multimedia dan sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan prospek kerjaya mereka dalam proses tersebut. Pelajar yang mencari kerjaya di dalam industri penyiaran akan mempunyai peluang untuk meningkatkan kreativiti mereka dan belajar mengenai animasi 2D & 3D, digital & audio, rekabentuk antaramuka serta banyak subjek lain lagi.

HURAIAN PROGRAM

Diploma Aplikasi Multimedia direka untuk melatih pelajar dengan kemahiran dalam membangunkan kandungan multimedia dan mengekalkan kreativiti semasa mengurus dan menghasilkan produk-produk berkaitan multimedia. Pelajar akan mempelajari kemahiran praktikal, kreatif dan komunikasi yang diperlukan untuk merancang, merekabentuk dan membina aplikasi multimedia berinteraktif sepenuhnya. Pelajar diberi peluang untuk membawa teori ke alam nyata melalui kajian kes dan latihan praktikal menggunakan animasi 2D dan 3D, digital & audio, rekabentuk antaramuka serta mengurus dan membangunkan pasukan multimedia.

MATLAMAT PROGRAM

Program ini mensasarkan untuk melengkapkan pelajar dengan asas multimedia dan juga memberi mereka kemahiran teknikal yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kreatif dan menggunakan hasil penemuan kajian mereka ke dalam kegunaan komersial harian.

PROSPEK KERJAYA

Graduan boleh bekerja sebagai pereka multimedia, penerbit, pengaturcara multimedia, pereka web, editor audio & video dan animator.

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan minimum:
  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan lulus dalam subjek Seni/Lukisan Kejuruteraan*; atau
  • Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam sebarang subjek**; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan minimum Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek; atau
  • Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Pelajar yang tidak mengambil /gagal dalam subjek   Seni/Lukisan Kejuruteraan dikehendaki untuk mengambil ujian portfolio yang dijalankan oleh Kolej Cosmopoint.
** hanya digunapakai di CC-Sg Petani, CC-Johor Bahru dan CC-Kota Bahru: Lulus dalam STPM dengan minimum Gred C dalam Matematik atau kredit dalam Matematik pada peringkat SPM atau setarafnya.

TEMPOH SEMESTER

9 semester
Subjek-subjek Utama
  • 2D Animation
  • 3D Animation
  • Audio Visual Technique
  • Bahasa Kebangsaan
  • Basic Academic Reading and Writing
  • Business Mathematics
  • Computer Applications in Art and Design
  • Contemporary Business
  • Creative Web Design
  • Critical and Creative Thinking
  • Database Fundamentals
  • Digital Effects & Compositing
  • Digital Photography
  • Drama and Role Play in English
  • Drawing Studies
  • Effective Communication Skills/Principles of Moral & Ethics
  • Element of Design
  • Essentials of Business Communication Skills
  • Family Institution/The precepts of Islam/Creative Problem Solving
  • Foundation in Digital Media
  • Fundamental of Programming
  • Graphic Illustration
  • Interface Design
  • Islamic Studies/Moral Studies
  • Malaysian Studies
  • Multimedia Authoring
  • Multimedia Design
  • PC Competency
  • Portfolio Development
  • Principle of Advertising
  • Project
  • Reading, Vocabulary & Grammar
  • Scriptwriting & Storyboarding
  • Social & Human Skills Project
 
 

Daftar Sekarang: