KEMPEN DERMA DARAH *new*
Dimaklumkan kepada semua warga Cosmopoint Kota Kinabalu, Sabah bahawa pihak Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah akan menganjurkan Kempen Derma Darah di Cosmopoint Menara MAA, Kota Kinabalu pada 18 Julai 2012.
Dijangkakan Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth akan mengalami masalah kekurangan bekalan darah yang amat kritikal sepanjang bulan Ramadhan yang bakal menjelang dimana penderma yang beragama islam tidak dapat menderma darah sepanjang hari kerana menjalan ibadah puasa.
Sehubungan dengan itu, Unit Tabung Darah merayu agar pihak Cosmopoint dapat menyokong kempen pada hari tersebut untuk menampung kekurangan darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.
Orang awam juga dialu-alukan untuk menyertai kempen ini untuk sama-sama membantu pihak pihak yang memerlukan khususnya para pelajar dan juga staf Cosmopoint Kota Kinabalu, Menara MAA.
Untuk info lanjut mengenai kempen tersebut bolehlah terus menghubungi pihak kampus ataupun terus berjumpa dengan penasihat MPM Cosmopoint College, Menara MAA.