. DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN|Tourism Management | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN|Tourism Management

www.cosmopointcollege.com


DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN|Tourism Management

PENGENALAN                                           
Pertumbuhan sektor Pengurusan Pelancongan pada hari ini menjadikan bidang ini mendapat permintaan yang tinggi. Jurusan ini membangukan pemahaman secara menyeluruh di dalam industri pengurusan acara dan  konvensyen.


MATLAMAT KURSUS
  • Kursus ini akan membolehkan pelajar mendalami ilmu industri pelancongan yang menumpukan kepada operasi pelancongan berdasarkan sistem tempahan berkomputer, pemasaran dan pembangunan produk. Program yang ditawarkan selaras industri dan untuk dimanfaatkan di dalam kerjaya profesional.
  • Kursus ini akan membangukan pelbagai kemahiran pengurusan dalam operasi pelancongan, pemasaran dan pembangunan produk.
  • Menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran atau mempunyai kemahiran yang mengkhusus terhadap pengurusan operasi atau pemasaran dan pembangunan produk.
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap aspek teori, kemahiran penyelidikan dan praktikal yang diperlukan bagi memahami isu di dalam pelancongan. Pengetahuan yang diperolehi pelajar ini adalah bagi menangani dan menghadapi keperluan dan juga 'trend' sektor dewasa ini.
  • Memastikan pelajar memiliki pemahaman yang luas agar dapat memainkan peranan yang berkesan di dalam bidang pelancongan di seluruh dunia. Kursus ini juga membolehkan mereka untuk melaksanakan penyelidikan tentang industri pelancongan serta merefleksikan diri kepada seni, budaya dan / warisan setempat.

PELUANG PEKERJAAN
  • Perunding Pelancongan / Tempahan dan Pengurusan Tiket
  • Operator, Kaunselor atau Pemandu Pelancongan
  • Penolong Pengarah, Pengurus Pusat Pelancongan
  • Pegawai Tiket dan Tempahan