PENGENALAN
Program ini mengambil masa TIGA (3) tahun, iaitu 8 semester. Program ini menekankan pengajian multimedia dari aspek yang menyeluruh. Penekanan sebegini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi pengetahuan, kemahiran dan berkeyakinan menghadapi situasi media kontemporari dari pelbagai konteks iaitu advokasi, pengurusan dan pengeluaran.
MATLAMAT KURSUS
Matlamat kursus ini adalah;
- Untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran teknikal dan kretiviti dalam reka bentuk multimedia yang mana menggabungkan nilai estetika dan pemahaman teknologi secara berintegrasi.
- Memastikan pelajar dilengkapi pengetahuan dan kemahiran terkini bagi membangunkan kandungan media asli dan berinovatif.
- Menggabungkan prinsip-prinsip berkaitan pengurusan dan pembangunan projek multimedia.
- Menghasilkan produk yang berhubungkait dengan maklumat pengguna dan berkomunikasi secara berkesan dan interaktif.
PELUANG PEKERJAAN
- Flash Animator
- Juru Animasi 2D / 3D
- Penyunting Video
- Penyunting Audio
- Pereka Interaktif
- Pereka Media Baru
- Flash Programmer
- Pembangunan Media Kreatif
- Pereka Laman Web
KELAYAKAN
- Sekurang-kurangnya 3 kepujian / kredit SPM dalam mana-mana mata pelajaran
- LULUS subjek Bahasa Malaysia (BM)